Cristina Suzanne Pilih Lelaki Johor!

Tahniah diucapkan kepada pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne, 33,  yang telah bernikah dengan jejaka pilihan dari Johor, dikenali sebagai M. Faiz Zakaria semalam.

Ini bukan cerita ‘April Fool’ tau. Ini berita betul dan benar! Haha!

Iyalah! Diam tak diam, tiada ribut tiada angin, tiba-tiba diberitakan pelakon ‘Surf This Love’ ini sudah dengan sebenarnya seperti maksud tajuk filem tersebut,  melayari bahtera percintaan apabila selamat melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu.

Sebagaimana  laporan BH Online, perkhabaran gembira  itu dikongsi Cristina atau penama penuh Cristina Suzanne Stockhill melalui Instagramnya, namun hanya memuat naik foto  hitam putih  diiringi kapsyen ringkas, “310318” sahaja.

Kredit: Instagram Cristina Suzanne.

Sudah tentu ia bermaksud 31 Mac 2018, yang merupakan tarikh bersejarah untuk dikenangnya.

Melalui perkongsian itu beberapa rakan artis seperti Deanna Yusof, Thanuja dan Nadia Brian  turut merakamkan ucapan tahniah melalui ruang komen seraya dibalas ‘terima kasih’ oleh Cristina.

Selain itu, daripada foto  dimuat naik dalam Instagram adik iparnya, Siti Faiza Amira, Pelakon Wanita Terbaik Filem (KIL)  Anugerah Skrin 2013 ini turut mengadakan  majlis berinai pada malam  Jumaat sebelum diijabkabaulkan keesokan harinya, (Sabtu).

Sebelum ini Cristina pernah menjadi tunangan kepada seorang ahli perniagaan dari Kuantan, Pahang pada Oktober 2013 namun ikatan itu putus beberapa bulan kemudian waima majlis perkahwinan yang dijadualkan pada 22 Januari 2014 tidak kesampaian.

SGMS Fas