Categories: TECHTech News

Fungsi Sebenar Titik Kecil Antara Kamera Utama Dan Flash Di Belakang iPhone?

iPhone mempunyai penggemar tegar yang ramai. Setiap keluaran iPhone seolah-olah satu rekaan yang akan ditunggu-tunggu oleh para penggemar iPhone.

Sejak dari iPhone 5 lagi Apple telah meletakkan rekaan titik hitam bersebelahan dengan sensor kamera utama dan lampu flash, namun tahukah anda apa fungsi sebenar titik hitam tersebut?

Ianya merupakan sejenis mikrofon. iPhone dibina dengan 3 mikrofon. Satu di bahagian depan bersebelahan dengan fon telinga, ke-2 di bahagian bawah peranti dan yang ketiga bintik hitam di bahagian belakang.

Iphone memiliki 3 mikrofon untuk menghasilkan ciri noise cancellation yang lebih baik. Jadi semasa merakam video atau buat panggilan video misalnya, jangan sesekali block titik hitam tersebut.

SGMS Putri