Hajat Versi Balada Di AJL33 Nanti?

Selain menjadi finalis bagi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang akan berlangsung pada Februari depan, Hael Husaini antara penyanyi yang meraih pencalonan terbanyak pada AJL33 kali ini menerusi kategori lagu, komposer dan penulisan lirik.

Justeru itu, ramai peminat beranggapan lagu Hajat mempunyai auranya tersendiri. Terutamanya apabila lagu itu menjadi runut bunyi bagi sebuah drama lakonan Amyra Rosli.

Dan, sempena menjelangnya AJL33 ini, peminat  memohon agar Hael membawakan lagu Hajat dalam versi balada. 

Sumber : Instagram @haelhusaini

“Sebenarnya, lagu itu saya buat khas untuk drama tersebut, dan versi balada itu dicipta khas untuk drama itu sendiri. Tapi saya tak pasti lagi untuk AJL33 ni sama ada nak bawak versi balada ke tidak. Kalau ada cara lain yang mengizinkan daya menyanyikan dalam versi itu saya akan buat.” Katanya

Hajat versi balada itu sebenarnya telah digubah semula oleh Sharon Paul dan masih belum pernah lagi dipersembahkan dimana-mana acara.

Sejak dimuat naik menerusi Youtube pada 19 Disember 2018, Hajat versi balada telahpun mendapat 357, 992 tontonan.

Selain lagu Hajat, Hael Husaini turut mempertaruhkan lagu duetnya bersama Dayang Nurfaizah berjudul Haram dan lagu ciptaan beliau yang turut dinyanyikan oleh Jaclyn Victor dan Siti Nordiana berjudul Nisan Cinta. 

Jadi kepada peminat yang mahu menyaksikan #AJL33 secara langsung jangan lupa cepat-cepat dapatkan tiket okay!

Salma Syahbuddin