Hampir 4 Tahun Berehat, Juliana Evans Kini Kembali Aktif Berlakon

Pelakon Che Puan Juliana Evans, mengakui kerjaya lakonannya mampu membuat dirinya gembira dan bahagia biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televiseyen.

Menurut Juliana, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya seninya yang telah diceburi sejak kecil dan menganggap perkara tersebut sebahai suatu perkara yang mustahil.

“Saya tidak boleh berhenti berlakon. Seluruh hidup saya habiskan dalam dunia seni. Saya bermula sejak kecil, jadi untuk tiba-tiba berhenti berlakon, itu mustahil.

“Menerusi dunia seni, saya menimba ilmu dan matang dengan pengalaman. Saya tidak boleh lepaskan semua ini. Berlakon buat saya bahagia dan gembira.

“Masa kita berkurung kerana pandemik Covid-19 , saya cuba untuk merehatkan diri daripada dunia seni. Tetap, bosan juga sebenarnya. Saya pula jenis yang sukakan cabaran,” katanya.

Memetiik laporan Utusan Malaysia,  pelakon jelita itu turut menyatakan kini dirinya sudah kembali aktif berlakon selepas berehat selama empat tahun.

Malah, dia juga mengakui dirinya kini sudah mula memilih naskhah terbaik yang mampu mematangkan dirinya dalam industri.

“Sekarang, saya sudah mula memilih naskhah yang dirasakan lebih mematangkan saya dalam industri. Boleh pilih skrip dan menyusun masa dengan baik,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Fatin Nurain