Hampir Alami Kemurungan, Nourul Wahab Bongkar Kisah 10 Tahun Lepas

“I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang-sorang, fikir @ayu_ace, dan macam-macam lagi,” tulis penyanyi Nourul Wahab yang berkongsi kisah perit dilaluinya sepuluh tahun lalu.
Menerusi laman Instagramnya, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab berkongsi kisah sekitar tahun 2009 yang mana dia hampir mengalami kemurungan kerana berdepan dengan masalah peribadi.

“Nah ni gambaq lama. Tahun 2009 kalau tak silap. Tahun haru biru hahahha. Tapi Alhamdulillah Allah selalu bantu walaupun kami bukanlah yang jenih solat 5 waktu. Habaq sungguh ni.
“Tahun itu ekonomi mula menurun. Sebab kami tak reti manage finance. Muka senyum tapi dalam hati Allah sahaja yang tau. Kena macam-macam. Masa ni lagi 12 bulan kot nak jumpa Mr Depp,” katanya.
Ibu tiga anak ini mengakui dirinya terlalu risau dengan masa depan dirinya dan anak pertamanya, @ayu_ace ketika itu.

“Apa yang kami buat adalah buat perkara yang kami suka. Horseriding. Riding sampai lebam. Lebam kulit! Bukan lain hahahaha.
“Mungkin anugerah Allah sedia ada, rimas dengan negative thoughts. So cari kawan yang positif. Nasib ada @idanoreason dan @suzzieah mereka lah yang banyak bantu dan selalu happy bersama sebab they accept me for who I am. Bukan sebagai artis,” katanya.
Nourul bersyukur Allah menemukan dirinya dengan seorang hambaNya yang bisa membimbing dan mengubah hidup 360 darjah dalam masa sama memberi pengetahuan dan kebahagiaan semaksimanya.

“Through him I have learned about a lot of things especially about this life. Bertuahnya kami… Bersyukur sangat-sangat #Alhamdulillah,” tulisnya.

SGMS Faida