Handphone Jatuh Terus Ganti Baru, Syahrini Dedah Tabiat Suami

Penyanyi terkenal Indonesia Syahrini menyifatkan suaminya, Reino Barack sebagai seorang lelaki tipikal yang sangat cermat lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan gajet.

Memberitahu suaminya seorang yang sangat pembersih, Reino juga cermat menjaga telefon pintar miliknya.

“ Handphone jatuh aja ganti yang baru. Orangnya sangat rapi,” kata pelantun lagu ‘Sesuatu’ ini.

Tambah Syahrini, Reino yang merupakan usahawan kaya di Indonesia ini juga memiliki hobi mengambil gambar.

“ Saya juga suka membeli belah di atas talian jadi tak perlu ke pusat beli belah. Dia juga suka mengambil gambar jadi saya juga akan dapatkan kamera atau peralatan berkaitan fotografi,” katanya.

Pasangan sama cantik sama padan ini membuat kejutan apabila bernikah di sebuah Masjid di Jepun pada Februari 2019.- Kompas.com

SGMS Faida