Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 10, 2019 @ 3:09pm

Hans Issac Dilantik Pengerusi FINAS, Tahniah!

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Gerald Hans Isaac sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa 8 April 2019.

Dato’ Gerald Hans Isaac mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman dan terkenal sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem.

Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan.

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan, Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan dan insurans.

Beliau pernah menjadi ahli Lembaga Penasihat Finas dan ahli lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada tahun 2012.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institute of Commerce, Singapura dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Kolej Stanford, Malaysia.

Pelantikan Dato’ Gerald Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 ini menggantikan Dato’ Samsuni Mohd Nor yang telah menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi FINAS selama lebih empat bulan yang lalu.

KKMM turut mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Samsuni Mohd Nor untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut.

Kementerian berharap Pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha FINAS bagi membangunkan industri ini.

” Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga FINAS akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Dato’ Gerald Hans Isaac dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Aug 2024
Featured Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Yuna, Suga BTS Dan Epic High Disatukan Dalam Sleepless In

Yeay, Tak sabar nak dengar lagu Yuna X Epic High. Saranghae Unnie!

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Ingat Sisi Baik Dia, Saya Tak Sanggup Lihat Zul Ariffin Dikecam Bertubi-Tubi” – Iqbal Zulkefli

Panjang hujah Iqbal mengenai kontroversi yang melanda pelakon Zul Ariffin..fuh sangat mendalam gais! 🤭

Hiburan Sat, 9 Nov 2019
Featured Tue, 24 Aug 2021
error: Content is protected !!