Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 30, 2024 @ 10:00am

Dipuji Tampak Makin Muda, Hantaran Terkini Syamsul Yusof Raih Perhatian

Selepas lama menyepi dan mendiamkan diri di media sosial, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran terkini di Instagramnya.

Menerusi foto yang dikongsikan, Syamsul kelihatan tampak lebih bersemangat dan kelihatan sihat sambil ditemani rakan-rakannya.

“Been on my grind cuz,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Gembira melihat keadaan terkininya, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya tampil membanjiri ruangan komen.

Bahkan, sempat bertanyakan bilakah agaknya pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mahu memulakan penggambaran dan berada di set seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sebelum ini, nama Syamsul Yusof hangat menjadi bualan selepas dia dilaporkan memfailkan kes perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.

Namun, ketika sesi prosiding berlangsung pada Selasa, pasangan ini gagal menghadirkan diri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat bagi kes berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Aug 2021
Hiburan Thu, 12 Mar 2026
Hiburan Fri, 30 Aug 2024
Featured Sat, 9 Apr 2022

“Undang-Undang SIRIM Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Kualiti Hauk Di Pasaran” – Jovian Mandagie

Ini respons Jovian Mandagie mengenai isu pelitup muka bukan perubatan perlukan SIRIM..

error: Content is protected !!