Featured By: Fatin Nurain January 11, 2023 @ 1:17pm

Happy Birthday! Genap 44 Tahun, Ruangan Komen Siti Nurhaliza Dihujani Doa & Ucapan Kasih Sayang Dari Peminat

Genap usianya 44 tahun, penyanyi terkenal tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bersyukur atas setiap kejayaan dan pencapaian yang dikecapinya selama ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti telah memuat naik momennya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa di Turki.

“Alhamdullillah.. Terima Kasih Ya Allah, Segala yang DIKAU kurniakan padaku .. Hanya PadaMu segala Puji Bagi Allah sekelian Ala ..

“Terima Kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari & menjaga Me serta anak anak sebaiknya. Begitu juga buat keluarga besar saya Kak Salwa, Abang Faizal & anaknda @sabrina.jp yang sangat baik hati..

“Kakak Za yang sama bantu makiti sepanjang percutian panjang ni..  Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua.. Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti .. aamin ya rabb,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dalam perkongsian lain, Siti juga berkongsi beberapa fotonya bersama ketika di salah satu pergunungan sekitar Turki.

“11 january 2023 .. 44 tahun. .. Alhamdullillah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mendoakan dan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadanya.

Sedikit throwback, penyanyi kesayangan ramai ini telah menceburi bidang muzik tanah air sejak usianya berumur 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), pada 1 April 1995.

Sepanjang penglibatannya dalam industri muzik tanah air, Siti telah meraih pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara sehingga mendapat tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia.

Antara kejayaan yang dikecapinya ialah beliau telah menerima dan memenangi lebih dari 300 anugerah tempatan serta di peringkat antarabangsa seperti Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah MTV Asia, World Music Awards dan pemegang rekod dalam Malaysia Book of Records.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Perlahankan Aktiviti Seni Sekejap, Ben Ladin Mahu Fokus SPM

Lepas SPM boleh kembali all out, Good Luck Ben Ladin!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Min saja ulang banyak kali video PU Riz bersilat 🤣🤣 Terkejut sangat ni hahaa

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018