Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 27, 2023 @ 11:15am

Raja Syahiran Dedah Punca Uyaina Arshad Keguguran Anak Kedua

Penyanyi dan pelakon Raja Urhan tampil mendedahkan punca isterinya, Uyaina Arshad keguguran anak kedua mereka.

Terdahulu, Uyaina telah berkongsi khabar duka tersebut ketika menyambut ulang tahun kelahiran Syahiran, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Dedah Alami Keguguran Anak Kedua, Sempat Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Raja Syahiran

Menurut Syahiran, dia dan Uyaina dimaklumkan oleh pihak doktor bahawa kandungannya sudah tiada ketika membuat pemeriksaan bulanan di awal usia kehamilannya.

Namun, Syahiran turut menyatakan bahawa Uyaina tidak mengalami sebarang pendarahan ketika perkara itu berlaku.

“Kami pun tak tahu ketika itu Uyaina hamil berapa bulan. Mungkin sekitar dua bulan. Dia pun tak mengalami sebarang pendarahan ke apa sebab masa nak buat monthly check up tu doktor kata kandungan memang dah takda.

“Jadi, kami pun tak tahu apa punca keguguran itu berlaku. Tapi, perkara tu dah berlaku beberapa bulan yang lalu cuma kita ambil masa untuk stabil dulu baru maklumkan pada umum.

“Uyaina ambil keputusan untuk bagi tahu tentang itu pada hari jadi saya, sekurang-kurangnya orang boleh doakan yang baik-baik untuk masa hadapan kami supaya Uyaina lebih sihat dan harapkan Urhan adik lagi,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Syahiran ketika ditemui di majlis pelancaran Anugerah Telenovela Ke-9 yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam pada itu, Syahiran juga sempat berkongsi kondisi emosi Uyaina selepas mengetahui khabar duka tersebut.

“Saya rasa semua ibu akan merasakan benda yang sama, sebagai suami kita terkejut. Tapi, yang rasa tu adalah ibu sebab dia yang kandungkan bayi itu.

“Of course dia depress, sedih dan takda apa yang saya boleh katakan sebab kehilangan seorang anak. Jadi, saya kena kuat supaya Uyaina pun kuat. Kalau dua-dua sedih, saya tak boleh terus biarkan dia bersedih walaupun saya pun sedih.

Sekurang-kurangnya saya jadi positif dan berikan dia kata-kata semangat. Dalam fikiran saya, kami tak ada rezeki dan saya kena redha,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Fri, 27 Mar 2026

“Saya Punah & Hilang Kata-Kata” – Nourul Depp Mohon Doa Buat Abang Lawan Kanser Darah

Nourul berkata dia hanya mampu berserah dan memohon agar segala urusan dipermudahkan.

Featured Tue, 30 May 2023

“Model Paling Hodoh Di Muka Bumi!” – Diva AA Kutuk Baju Toto Aina Abdul, Pereka Fesyen Tampil Beri Penjelasan

Ni lah namanya kreativit, at least orang dah boleh faham konsep baju Aina😎

Hiburan Thu, 6 Dec 2018
Figura Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Mon, 13 May 2024

Nama Dalam Senarai #Blockout2024, Mira Filzah Tampil Bersuara & Dedah Bukti!

Mira Filzah tenang balas tuduhan netizen isu #blockout2024

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Berdebar Tapi…’- Elfira Loy Takut Nak Ke Hospital?

Elfira banyak menghabiskan masa berehat di rumah dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat masa ini.

Hiburan Fri, 13 Sep 2024
error: Content is protected !!