‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Umum sedia maklum, doktor pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri baru sahaja selamat menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Arabella Mia pada Oktober lalu.

Susulan itu, Dr Amalina disoal oleh individu di Instagram Story miliknya menerusi pautan ‘Ask Me A Question’ berhubung isu sunat pada bayi perempuan.

“Dekat sana ada servis sunatkan bayi perempuan ke Dr?” soal individu berkenaan.

“Tidak, perkara tersebut haram di United Kingdom,” balasnya.

Menerusi hantaran lain, salah seorang pengikutnya bertanya sama ada bayi lelaki boleh disunatkan di negara tersebut.

“Dr.. macam mana pula dengan sunat lelaki? Is it legal in UK?” katanya.

“Ya, berkhatan atau sunat bagi bayi lelaki boleh dibuat di hospital,” jawab Dr Amalina.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Dr Amalina turut berkongsi semula sebuah video di Instagram Story miliknya memaparkan dirinya pernah menjelaskan mengenai isu sunat bagi bayi perempuan pada bulan April lalu.

Perkongsian tersebut menjelaskan bahawa sunat untuk bayi perempuan tidak dapat disahkan mempunyai sebarang kebaikan dalam kesihatan.

Sebelum ini, Dr Amalina pernah mendedahkan bahawa akan membesarkan puteri sulungnya itu dalam kewarganeraan British.

Artikel Berkaitan: “Bukan Kebanggaan Anak Ini Atas Kerakyatan, Tapi Kebanggaan Rasulullah Atas Setiap Anak Itu Ialah…” – Ustaz Ahmad Dusuki Komen Isu Kerakyatan Anak Dr Amalina

Aqilah Paharuzi