Netizen Persoal Pakaian Anak Che Ta – “Tak Elok Orang Tengok”

Anak perempuan kepada pasangan sejoli Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sering menjadi perhatian warganet apabila bukan sahaja mempunyai wajah yang comel malah fesyen yang digayakan turut menjadi tumpuan.

Terbaharu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya dan Aaisyah yang kini berada di pusat peranginan Bali, Indonesia.

Menerusi foto tersebut, kedua anak beranak itu tampil mencuri perhatian peminat apabila mengenakan busana serba merah jambu.

“Bali…dengan budak ni,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruang komen pula, rata-rata peminat memuji kecomelan Aaisyah yang kini berusia 8 tahun.

Namun, terdapat juga warganet yang berasa kurang senang dengan pakaian Aaisyah yang mengenakan ‘crop top’.

Rata-ratanya berpendapat, Aaisyah tidak sesuai untuk menggayakan fesyen tersebut lebih-lebih lagi pada seorang kanak-kanak.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran foto tersebut telahpun mencecah lebih 5,000 tanda suka dan lebih 90 komen.

Khairil Khusyairi