Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2024 @ 8:09pm

Harith Iskander Nafi Curang Dengan Model Nadira Isaac – “Ada Orang Nak Ambil Kesempatan”

Pelakon dan pelawak, Harith Iskander menafikan punca penceraian bersama bekas isteri, Dr Jazemine adalah disebabkan oleh dakwaan mempunyai hubungan bersama orang ketiga, model dan ratu cantik Nadira Isaac.

Memetik laporan mStar, Harith berkata dia hanya mengetahui mengenai gosip berkenaan melalui bekas isterinya.

“Ikhlas saya cakap, saya tak baca apa-apa cerita daripada netizen. Bagi saya ada orang yang ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan perhatian buat diri mereka.

“Bagi saya benda-benda macam ini akan panas sekejap dan kemudiannya ‘mati terus’.

Sementara itu, bekas isterinya Dr Jezamine turut menegaskan perkara tersebut tidak benar dan hanya spekulasi ramai.

Malah, Dr Jezamine mengesahkan Nadira hanya kenalan mereka sahaja dan tidak lebih daripada itu.

“Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Janganlah tumpu perhatian pada dia, buang masa saya sahaja.

“Kami hanya kenal-kenal, bukan kawan. Jumpa di acara, hanya ‘hi bye’ sahaja. Bukan macam duduk lepak dan keluar bersama,” katanya.

Harith Iskander

Sekitar kes perbicaraan kes hadanah pada pagi tadi, Harith bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh ketiga-tiga anaknya kepada Dr Jezamine.

Sekadar info, Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu akibat sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Mendirikan rumah tangga sejak 12 Jun 2010, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Artikel Berkaitan: Tiada Persefahaman Punca Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Artis Viral Shazriq Azeman Atur Langkah Baharu, Nyanyi OST Terlerai Noktah

Tiga tahun selepas klip nyanyian anak muda ini tular di media sosial, Shazriq Azeman, kini hadir bersama buah tangan baharu. Persembahan nyanyian rangkaian lagu-lagu Kamelia (Sweet Charity), Fall For You (Secondhand Serenade) dan Bohemian Rhapsody […]

Trending Mon, 24 Jun 2024
Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Mahu Teroka Dunia Bisnes, Meerqeen Tak Sangka 1,000 Balang Biskut Licin Dalam Masa Singkat!

Dalam usaha memperluaskan langkah seni ke arah yang lebih pelbagai, Meerqeen mula meneroka ruang baharu di luar dunia lakonan.

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Korang Dah Ready Untuk Padi Reborn Exclusive Live In KL?

Tujuh tahun Padi ‘hilang’ sebentar. Kami sudah bersiap sedia menguasai pentas untuk menghiburkan Sobat Padi di Malaysia. Wohooo, tak sabar!

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Dari Penyanyi Popular Ke DJ Orang Kahwin, Siapa Orangnya?

Tidak salah menjadi deejay kenduri kahwin kerana masih dalam bidang yang masih berkaitan dengan seni

error: Content is protected !!