Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 25, 2024 @ 2:00pm

Tiada Persefahaman Punca Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Pelawak Harith Iskander, 58,  akhirnya sah bercerai dengan talak satu dihadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Memetik laporan mStar, perbicaraan tersebut dilakukan secara tertutup kerana tidak mahu masalah rumah tangga kedua-dua pasangan ini diketahui umum.

Malah, Datuk Akberdin Abdul Kader selaku peguam syarie pasangan terbabit memaklumkan, Harith dan Jezamine bercerai secara baik selepas tiada lagi persefahaman antara mereka.

“Biasalah punca perceraian ialah tiada persefahaman. Mereka berdua masih berbaik demi anak-anak. Tiada masalah.

“Kami juga ada failkan dua permohonan, satu permohonan cerai dan satu lagi permohonan nafkah. Permohonan cerai bagaimanapun sudah selesai pada jam 12.05 tengah hari,” ulasnya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Buat Hal, Jezamine Memberikan Kemaafan” – Berpisah Keputusan Bersama, Harith Iskander Beri Penjelasan Isu Perceraian

Terdahulu, kisah keretakan rumah tangga pasangan ini mula dihidu media selepas tular foto Dr Jezamine Lim, 41, bersama Akberdin.

Malah, menerusi sebuah ‘podcast’ di saluran YouTube The Rakyat Post yang dihoskan oleh Daphne Iking, pasangan ini tampil  menjelaskan bahawa perpisahan yang terjadi bukan dilakukan secara mendadak.

“Kami akui ada tempoh ‘dingin’ berlaku antara mereka sepanjang proses mempertahankan rumah tangga. Proses itu sudah berlangsung dalam jangka masa panjang, ada turun naik. Saya buat hal dan banyak melakukan kekhilafan, namun Jezamine memberikan saya kemaafan.

“Jezamine sangat bekerja keras untuk mempertahankan rumah tangga. Banyak proses yang sudah kami tempuhi, menghadiri sesi kaunseling rumah tangga, merujuk dengan kawan-kawan mengenai permasalahan yang kami hadapi.

“Namun dalam proses itu pun, ia belum berakhir dan kami masih cuba pertahankan. Terdapat tempoh di mana kami tidak mesra begini kerana perkara-perkara menyakitkan yang saya mulakan. Keputusan berpisah ini adalah atas kata sepakat bersama,” katanya.

Sekadar info, Harith dan Jezamine berkahwin pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Status Terkini Cetus Tanda Tanya, Netizen Syak View Chin Tukar Agama? – “Assalamualaikum Semua”

Kalau betul, Alhamdulillah. View Chin nak kahwin dengan Mira kot?

Trending Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Wed, 16 May 2018

Dikecam Lepas ‘Mengayat’ Syed Saddiq?

Perkenalan kami sebenarnya bermula apabila pengurus saya yang minat sangat dengan Syed Saddiq… Jangan salah sangka ok?

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Alami Pendarahan Otak, Seniwati Sharifah Aminah Sudah Sebulan Terlantar Di ICU

Sama- sama kita doakan agar seniwati Sharifah Aminah diberikan kesihatan yang baik seperti sedia-kala. Insya Allah…

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

城市巨响音乐节1月4日举行!台湾人气歌手9M88领衔26组歌手演出

第二届城市巨响音乐节1月4日举行,台湾人气歌手9M88领衔26组歌手展现音乐巨响力量!

Trending Wed, 6 Nov 2019

E-Wallet Cashbacks, Mesti Beli Deals, Chup Dulu and GUESS IT! King; LAZADA 11.11 One-Day Sale is Back!

Why spend more when you can stretch your Ringgit with unbeatable deals and awesome cashback with Lazada 11.11 One-Day Sale?!

error: Content is protected !!