Hattan Puji Aina Abdul Penyanyi Terbaik, Tapi Sayang Masih Belum Cukup.. – “Vokal Bagus, Saya Suka Dia.. Cuma…”

Penyanyi, Datuk Hattan tidak menafikan bintang yang semakin meledak dalam industri, Aina Abdul mempunyai bakat yang sangat bagus. 

Memetik laporan mStar, Hattan meluahkan rasa kesal apabila pelantun lagu popular Semalam itu masih tidak mempunyai album.

Jelas pemilik lagu Rendang Tak Berbuah ini, Aina mempunyai vokal yang bagus dan merupakan salah seorang penyanyi terbaik, sayang sekiranya tidak mengeluarkan album.

“Saya pernah pergi konsert dia di Istana Budaya, dia suara bagus.. nyanyi satu dua lagi miliknya, lepastu nyanyi lagu orang. 

“Sayangnya, lagu saja tak cukup.  Kalau dia ada full ablum, dasyat nama Aina Abdul tu. Suka atau tak suka, kena ada album. 

“Vokalnya bagus, sayanglah.. lagu tak cukup,” ujarnya. 

Sementara itu, Hattan turut mengulas mengenai penampilan Aina yang sering menjadi perhatian ramai di media sosial setiap kali hadir ke acara terkemuka. 

Menurut Hattan, perkara tersebut merupakan hak Aina sendiri sebagai seorang penyanyi untuk menonjolkan diri. 

“Baju tu itu dia punya rights la, orang ada macam-macam trend nak menonjolkan diri.. afterall itu dia punya duit, tak susahkan kita. 

“Saya suka dia, dia salah seorang penyanyi yang bagus.. suara dia sedap. Penyanyi yang terbaik.. dia masuk pelbagai program, attitude bagus dan dia hormat orang..,” ujarnya.  

Dalam masa yang sama, Hattan berkata setiap penyanyi dalam industri seni perlu mempunyai album supaya peminat lebih menghargai karya-karya muzik. 

“Sekarang ni bezanya penyanyi dulu ada album, orang simpan dan akan putar jadi orang lebih menghargai karya-karya muzik kita.

“Zaman sekarang ni media sosial tapi ia akan pergi macam tu saja, artis boleh jadi besar hari ini tapi tahun depan dah habis. Mereka boleh tengok di YouTube, tapi kalau bosan scroll. 

“Ada album, ada cd, jadi peminat akan menghargai. Best la,” katanya. 

Sebelum ini, Aina berkata dia sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan album. 

Artikel berkaitan:

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi