Categories: HiburanSelebriti

Hilang 20 Kg, Apa Rahsia Ramlah Ram?

Kurus bukan sebab nak kahwin lah…Itu pengakuan penyanyi Ramlah Ram mengenai penampilan terbarunya.

Menurut penyanyi berusia 52 tahun ini, hasil usaha keras selama setahun, dia hilang 20 kg. Wow!

Tambahnya, perubahan berat badan itu berlaku apabila penyanyi ini mendapat kritikan oleh pengikutnya di laman sosial.

“ Sejak itu saya nekad untuk kurus. Rahsianya, saya konsisten menjaga makan.

“ Sebelum ini berat badan saya 70 kilogram dan ada juga kawan-kawan ‘membawang’ pasal saya tetapi itulah orang kata buat kita semangat,” katanya di Majlis pelancaran album Nada Seni Gema Lebaran Legenda, semalam.

Dalam masa sama, Ramlah memberitahu dia mengelak untuk mengambil makanan tanpa gula dan karbohidrat sejak Ramadan tahun lalu.

“Saya mula mengamalkan diet ketat sejak bulan puasa tahun lalu dan bayangkan ketika hari raya saya hanya tengok sahaja lauk pauk yang terhidang di atas meja sebab kebanyakannya karbohidrat dan berminyak.

“Memang susah pada mulanya tetapi kena disiplin, itu sahaja rahsianya dan Alhamdulillah selepas hampir setahun saya berjaya mengekalkan cara pemakanan sihat kerana sudah terbiasa,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, selepas sambutan Aidilfitiri ini, dia bakal kembali ke studio untuk merakamkan single terbaharunya.

Ramlah bakal tampil dengan tiga lagu menerusi album istimewa Raya ini dengan tiga lagu iaitu Ku Mohon Restu Ayah Bonda (nyanyian asal Mamat Exist), Seloka Hari Raya duet bersama Syamel (Uji Rashid & Hail Amir) dan Tibanya Syawal (Datuk Sharifah Aini).

SGMS Faida