Categories: HiburanSelebriti

Berdepan Kontroversi Yang Hampir Sama, Ini Pesan Shukri Yahaya Kepada Syafiq Kyle

Pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaimu ini mengakui masih terkesan dengan insiden beliau telah dituduh menggoda peminat disebuah aplikasi laman sembang beberapa tahun lalu. Dan, Shukri Yahaya juga mengakui bahawa agak lama baginya untuk memadam dan membersihkan namanya itu.

Menurut Shukri Yahaya, 30 segala kontroversi yang menimpa dirinya sepanjang bergelar anak seni banyak mematangkan dirinya dan membuatkan beliau lebih berhati-hati agar tidak terpalit dengan isu kontroversi yang panas.

“Saya banyak habiskan masa dengan bekerja untuk melupakan insiden tersebut. Sejak itu, saya menjadi semakin berhati-hati supaya tidak terpalit dengan mana-mana isu yang boleh mengaibkan diri dan nama baik keluarga. Apabila perkara yang sama berlaku kepada artis lain, saya turut merasainya. Sama seperti Syafiq, saya juga berdepan dengan kontroversi itu pada bulan mulia. Sedikit sebanyak saya memahami perasaannya dan berharap dia tabah dalam mengharungi dugaan tersebut.” Katanya

Tambahnya lagi, sekiranya seseorang artis itu terpalit dengan isu dan kontroversi panas pastinya mereka akan berdepan dengan cabaran terutamanya melibatkan keluarga dan orang yang tersayang. 

Sumber : instagram @shukriyahaya

“Saya ambil masa yang lama untuk meyakinkan isteri supaya mempercayai saya. Sepanjang tempoh itu, saya banyak berdiam diri dan bermuhasabah. Jika boleh dipadamkan, sudah lama melakukannya. Saya tidak mahu orang ramai mengingatinya lagi. Ketika itu, saya sanagt tertekan apabila ramai yang bertanya. Saya keberatan menghadiri majlis hiburan dan acara tertentu kerana bimbang perkara itu diungkit. Nama saya terjejas, namun Alhamdulillah saya mendapat sokongan untuk kembali bangkit.” Jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif Pelangi Cinta baru-baru ini. 

Salma Syahbuddin