Hot FM Big Jam 2019 Lebih Gempak, Lebih Hangat!

Dah lama rasanya kita tak dengar konsert Hot FM Big Jam kan? Buat pengetahuan korang, Hot FM Big Jam akan kembali mengegarkan para penonton dan pendengar setia Hot FM pada tahun ini.

Apa yang menarik mengenai Hot FM Big Jam pada kali ini?

Hot FM Big Jam akan menampilkan seramai 23 barisan artis yang bakal menggegarkan pentas Hot FM Big Jam antaranya adalah Dayang Nurfaezah, Caliph Buskers, Hael Husaini, Haqiem Rusly, Masdo, Kucaimars dan ramai lagi.

Buat korang yang nak tengok artis kegemaran korang, jangan risau sebab Hot FM Big Jam akan mengadakan dua segmen iaitu pada sebelah petang dan malam, jam 12 tengah hari sehingga 12 malam!

Festival ini merupakan kerjasama antara Hot FM,Malaysia Riders 2019 dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA).

Kemunculan kembali Hot FM Big Jam pada kali ini selepas 7 tahun adalah untuk menghargai para pendengar yang sentiasa menyokong Hot FM. Barisan penyampai baru dan lama  seperti Shuk, Shuib, Fizie, El, Deen, Haziq, Zetty juga akan tampil untuk memeriahkan lagi konsert kali ini.

Hot FM Big Jam tahun ini tidak hanya menampilkan persembahan daripada artis malah pelbagai aktivi menarik menanti korang seperti sesi jualan barangan eksklusif, siaran luar bersama penyampai Hot FM, peraduan istimewa dan pelbagai hadiah menarik yang korang boleh menangi nanti!

Festival muzik Hot FM Big Jam  akan berlangsung pada 30 Mac di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Korang boleh layari laman web serta laman media sosial rasmi Hot FM di Youtube, Instagram, Facebook serta Twitter untuk maklumat lanjut. 

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai kita serbu!

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”