Categories: AcaraGaya Hidup

Starbucks tawarkan keindahan musim bunga di Jepun menerusi rangkaian minuman Sakura!

Oleh Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Musim bunga sudah tiba, tetapi malangnya bagi negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia, angan-angan untuk berkelah di bawah pohon Sakura hanyalah tinggal mimpi.

Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun tidak membolehkan rakyat negara ini menikmati musim bunga seperti di negara empat musim termasuklah di Jepun, namun anda boleh menikmati musim romantis itu apabila Starbucks Malaysia memperkenalkan rangkaian minuman musim bunga untuk anda!

Tiga minuman istimewa dan empat jenis kopi yang dibungkus, menjadi ole-ole daripada Starbucks yang ditampilkan berbeza musim ini.

Foto: Starbucks

 

 

Bagi peminat kacang merah Adzuki, anda boleh mencuba minuman seperti Azuki Blossom Crème Frappuccino. Minuman ini mengandungi kacang merah yang dikisar bersama susu dan ais serta dihias dengan krim putar. Anda pasti tidak menyesal!

Matcha Blossom Crème Frappuccino adalah untuk penggemar teh hijau dari Jepun. Ais kisar ini dicampurkan dengan serbuk Matcha, kacang merah dan susu. Pelbagai hiasan diletakkan di atasnya termasuklah kacang merah dan rice puffs.

Caramel Macchiato juga adalah tarikan utama rangkaian minuman ini. Keistimewaannya,  anda boleh menikmatinya menggunakan santan untuk menggantikan susu. Selain itu, susu badam juga disediakan bagi anda yang tidak menggemari susu lembu.

Tidak hanya minuman berasaskan ais, rangkaian kopi seperti The Vietnam Da Lat, Kenya Kanguru, Ethiopia Bitta Farm, Jamaica Blue Mountain juga diperkenalkan pada kali ini.

Bagi anda yang menggemari barangan ekslusif daripada Starbucks, ini adalah peluang untuk anda!

Selain itu, pelbagai barangan yang berlatarkan warna merah jambu ditawarkan sepanjang musim bunga ini seperti botol air (tumbler) dan banyak lagi!

Lebih menarik, Starbucks memperkenalkan sejenis filter bersempena musim bunga ini yang boleh didapati menerusi aplikasi Facebook. 

Foto: Starbucks

 Bagaimana? Mari nikmati musim bunga bersama Starbucks!

tex_admin