Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Atiqah Johari April 4, 2023 @ 6:04pm

“How Selfish They Are” – Nurul Shuhada Dedah Pola Tidur & Kesihatan Mental Anak Berterusan Kacau

Sebelum ini, isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan bahawa anak perempuannya, Humairah terpaksa menjalani rawatan psikiatri kanak-kanak akibat daripada krisis rumah tangga yang melanda.

Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Nurul Shuhada Terima Rawatan Psikiatri Kanak-Kanak – “Humairah Paling Terkesan Sebab Semua Jadi Depan Mata Dia”

Terbaru, Shuhada memuat naik hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) berkongsi bahawa kesihatan mental anak lelakinya, Umar turut terganggu secara berterusan.

“Umar’s mental health terus terusan kacau,” ujarnya ringkas.

Kongsi Shuhada, Humairah mendapatkan rawatan psikiatri bagi membantu anaknya itu mendapatkan pola tidur yang baik dan dia mula menjadi seperti bayi.

“Humairah’s mental health problem (sampai jumpa children’s psychiatric to help Humairah in getting better sleeping patterns and she starts jadi baby,” tulis Shuhada.

Malah, Shuhada sendiri mengalami masalah sama dan menjadi makin teruk namun tiada siapa yang endahkan.

Lantaran itu, Shuhada menyifatkan individu yang terlibat sebagai penting diri tetapi percaya akan ketentuan Allah SWT.

Pada hantaran lain, Shuhada memuat naik sekeping foto Humairah yang berada di Jabatan Psikiatri dan menyatakan bahawa anaknya itu merupakan kanak-kanak yang kuat.

Terdahulu, kecoh mengenai konflik rumah tangga Hafidz Roshdi yang dikatakan berlaku curang dengan wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Malah, Hafidz telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya di hadapan keluarga menerusi panggilan telefon.

Artikel Berkaitan: “Tipulah Tak Sayang” – Minta ‘Dilepas’ Cara Baik, Nurul Shuhada Nafi Tunjuk Ego… Buat Untuk Maruah Diri & Anak

Artikel Berkaitan: Keputusan Belum Diketahui, Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Di Hospital Bahagia

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Dekorasi Rumah Lebih Penting Berbanding Baju

Setiap kali menjelang raya kami memang sakan dalam hal dekorasi rumah. Orang lain akan fikir mengenai baju, tas tangan dan barang kemas. Kami pula lebih pentingkan langsir dan karpet,

Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Tue, 17 Jan 2023
Featured Mon, 22 Jan 2018

Endometriosis

Faktor kurangnya ilmu tentang apa itu endometriosis juga membuatkan mereka hanya menahan kesakitan dan menganggap ia perkara biasa.

error: Content is protected !!