Hrithik Roshan Rujuk Bekas Isteri?

Walaupun sudah  lebih empat tahun berpisah sebagai suami isteri, pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan, 44,  kembali bersama bekas isterinya, Sussanne Khan, 41,  sempena menyambut hari jadi anak sulong mereka, Hrehaan.

Wah! Ini contoh terbaik bagi mana-mana pasangan bercerai! Demi anak-anak eloklah bersatu dan tidak bermasam muka  ya tak?

Pertemuan tersebut berlaku pada majis meraikan ulang tahun kelahiran Hrehaan yang ke 12 baru-baru ini.

Melalui gambar yang dikongsikan E Times,  majlis berkenaan juga disifat sebagai satu perjumpaan keluarga besar.

Jika korang nak tahu sebenarnya, pasangan Hrithik dan bekas isterinya ini sering berhubung demi  menjaga kebahagian anak mereka malah selalu juga bercuti bersama ke luar negara.

Hrithik bersama dua anak lelaki kesayangannya ketika bercuti.

Terbaharu, mereka khabarnya baharu pulang dari percutian bermain ski di sebuah pusat peranginan gunung salji di Perancis, Januari lalu, malah keduanya pun masih boleh merakamkan gambar bersama.

Mungkinkah mereka akan rujuk kembali? 

Daripada tulisan Sussanne melalui Instagramnya dapat ditafsirkan bahawa Hrithik masih tetap di hatinya malah ada tanda pagar #sacredlove atau #cintasuci lagi.

Daridapa Instagram Sussanne Khan.

Hrithik berkahwin dengan Sussanne Khan pada 20 Disember 2000. Namun perkahwinan yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian rasmi pada 2014 setelah berpisah pada 2013. Selain Hrehaan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki. Hrehaan, 10 tahun.

SGMS Fas