Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 11, 2024 @ 1:04pm

Ibu Bapa Berpisah Sejak Darjah 3, Aufahanie Jadi Lebih Berdikari Uruskan Hidup…Kini Fokus Belajar Sambil Menyanyi

Penyanyi, Aufahanie mengingatkan kaum hawa zaman sekarang agar pandai berdikari dalam apa jua perkara serta haruslah memiliki taraf pendidikan tinggi untuk kebaikan di masa hadapan kelak.

Dia kini yang sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah mengakui harus mengutamakan ilmu sebelum mengejar cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi popular.

“Saya buka tirai 2024 dengan menyambung pengajian dalam jurusan Media dan Komunikasi, selepas hampir setahun saya tangguhkan pengajian.

“Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia, saya belajar muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, tapi ekoran ada masalah peribadi yang tak mahu perlulah diceritakan, saya terpaksa ‘drop out’ dari UiTM. Lima bulan juga saya berehat.

“Ketika itu, saya memang aktif menyanyi dan berniat nak sambung serta selesaikan pengajian. Saya cari universiti yang boleh saya ambil ‘foundation’ dan habiskan pengajian.

“Sekarang barulah saya ada peluang sambung ‘degree’. Adik-beradik semua habiskan pengajian,” katanya.

Dedah finalis Big Stage musim kelima itu, dia sentiasa menjadikan pesanan ibunya sebagai pembakar semangat.

“Umi selalu pesan nak menyanyi, kena tamatkan pengajian juga, jadi saya saya kena selesaikan pengajian.

“Kalau ada rezeki, karier saya berjalan rancak, saya tetap kena habiskan walaupun lambat,” luahnya.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Nur Aufahanie Mokhtar itu turut mengimbas kembali detik-detik pahit yang terpaksa ditempuhi di masa lalu.

Sebenarnya, episod duka tersebut telah menguatkan semangat untuk dia berjaya dalam hidup dan menjadi lebih berani serta cekal.

Memetik laporan Harian Metro, ibu bapanya pernah berpisah pada umurnya sembilan tahun lagi.

“Ketika Darjah 4, saya sudah duduk berasingan dengan umi. Ini kerana saya duduk dengan ayah sampailah Tingkatan 3 barulah tinggal sebumbung dengan umi. Saya duduk dengan ayah, abang dan adik.

“Bila begitu, saya kena jaga adik dan abang. Jadi, tugas memasak dan kerja rumah memang saya yang buat. Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya duduk dengan dua abang dan adik perempuan, jadilah sayalah ibu di rumah.

“Saya ada kakak, tapi sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Walaupun kisah hidup saya pahit, Alhamdulillah ada hasil dan manfaatnya,” ujarnya.

Pengalaman menempuh fasa-fasa kehidupan tanpa ibu di sisi telah mematangkan dirinya kerana dia mengambil alih semua tugas tersebut.

“Ada anak perempuan sebelum kahwin tak masuk dapur langsung sebab emak ayah tolong buatkan. Tak mengapa sebab ada antaranya belajar memasak selepas habis pengajian.

“Banyak yang saya belajar dalam tempoh ini. Kalau tak tahu resipi, saya ‘google’ atau saya tanya umi dan cuba buat sampai lama-lama tak perlu tengok resipi,” jelasnya lagi.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 May 2025
Featured Mon, 27 May 2024
Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

Featured Thu, 25 Nov 2021
Trending Wed, 1 Aug 2018

他为全球3亿个没鞋穿的儿童设计了「会长大的鞋子」

相信大家应该都拥有超过一双的鞋子,但是你知道全世界还有将近3亿个儿童没有鞋穿吗?

Trending Wed, 31 Jul 2019

Dua Beranak Nyaris Maut Dari Bangunan Runtuh

Mangsa berada di tingkat tiga bangunan sebelum berlaku runtuhan dan mangsa turut jatuh ke bawah.

Featured Tue, 7 Mar 2023

Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

Alahai, minat je tak semestinya orang lagha. fikir positif!

error: Content is protected !!