Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 16, 2024 @ 3:37pm

Ibu Difitnah Dan Dicerca, Hafidz Roshdi Bakal Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah – “Bila Ibu Disentuh Saya Kena Bertindak” 

Aktor, Hafidz Roshdi terkilan apabila timbul dakwaan berunsur fitnah yang mengaitkan ibunya sehingga dicerca oleh netizen di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hafidz mengambil keputusan untuk bersuara mengenai isu tersebut kerana membabitkan ibunya, Haniza Mohd Jabar.

“Fitnah terhadap ibuku. Seperti yang boleh dilihat di media sosial sekarang, ibu saya galak difitnah dan dicerca.

“Saya terkilan dengan apa yang terjadi dan menjadi kewajipan untuk saya tepis semua tuduhan dan fitnah yang jelas telah dilemparkan kepada Bonda saya yang tersayang.

“Saya selalu memilih untuk berdiam diri dan bersabar selama ini tapi bila ibu disentuh, saya perlu bertindak,” tegasnya.

Tulis Hafidz lagi, dia meminta individu yang dikenali sebagai ‘Keturunan Oyen’ berhenti menyebarkan fitnah terhadap ibunya.

Malah memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan atas isu tersebut.

“Kepada individu yang menggelarkan dirinya sebagai Keturunan Oyen, saya menyarankan agar anda berhenti serta merta dari menyebar fitnah ke atas ibu saya dengan menyiarkan tuduhan yang palsu dan menjijikkan ini.

“Pihak saya sedang membawa perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menegakkan yang haq,” dakwanya lagi.

Bapa kepada dua cahaya itu lagi turut memberi amaran kepada pihak yang menyebarkan isu tersebut supaya berhenti berbuat demikian.

“Kepada pihak yang menaikan posting di blog dan semua media sosial, sila turunkan artikel yang mengandungi gambar ibu saya berkaitan dengan isu ini dalam tempoh 24 jam.

“Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberi, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Di akhir tulisan tersebut, Hafidz turut meluahkan rasa sayang terhadap anak-anaknya, Humairah dan Umar.

“Kepada anak-anak abah, Humairah dan Umar, walaupun kita berjauhan, Abah sedang usahakan yang terbaik untuk kita.

“Humairah dan Umar sentiasa di hati Abah. Doa Abah untuk anak-anak kesayangan Abah sentiasa akan titipkan,” tutupnya.

Terdahulu, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada mendedahkan menerima tangkap layar perbualan daripada pengikutnya yang mendakwa ibu kepada bekas suami mengata dirinya dengan orang terdekat.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 3 Aug 2020

Penggal Pertama Persekolahan Dibuka Pada 20 Januari 2021

Pembukaan penggal pertama persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2021 adalah pada Rabu 20 Jan 2021. Hal ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin mengatakan bahawa cuti penggal dilanjutkan dari takwim penggal dan […]

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

‘Kalau Ada Berita Gembira, Pasti Saya Kongsi’- Nadzmi Adhwa

Doakan yang baik-baik untuk mereka ok…

Trending Fri, 15 Nov 2019
Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Jakarta ‘Special’ Untuk Kami- Westlife

Westlife dijangka membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini. Korang dah beli tiket ke belum?

Trending Thu, 23 Nov 2017

Tren 12 Gerabak Bawa Muatan Kargo Terbalik

Sebuah tren kargo tergelincir di stesen Bank Negara sekitar 5.15 pagi ini terganggu di laluan KTM dan ETS

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
error: Content is protected !!