Ibu Haqiem Rusli Terkilan Kerana…?

Kontroversi melibatkan penyanyi lagu Jatuh Bangun ini pastinya mengejutkan ramai peminat beliau apabila mengambil keputusan untuk berhenti dalam bidang nyanyian. Namun, beberapa rakan artis seperti Caprice dan As’ad Motawh turut tampil memberikan sokongan terhadap masalah tekanan yang dihadapi oleh pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 32 ini.

Menurut ibu kepada Haqiem Rusli, Nazrah Nordin anaknya itu kecewa dengan sikap rakan baiknya yang bermuka-muka dan perbuatan itu dianggap sebagai menikam Haqiem dari belakang.

“Haqiem ada meluahkan rasa kecewanya terhadap saya. Sedih juga tengok dia seolah-olah putus harapan dengan apa yang berlaku. Apa yang boleh saya kongsikan, Haqiem kecewa kawan baik ‘tikam belakang’ dan bermuka-muka terhadapanya. Hadapan cakap lain, belakang cakap lain. Paling sedih, ada yang memperlekehkan bakat Haqiem Rusli sebagai komposer muda…”

“Siapa mereka itu biarlah menjadi rahsia antara kami. Saya pun tidak mahu aibkan sesiapasebab semuanya boleh diselesaikan secara baik. Lagi pun, hal ini terjadi antara Haqiem dan rakannya, rasanya lebih baik mereka yang uruskan serta selesaikan sendiri apa yang berlaku. Sebagai ibu saya hanya nasihatkannya agar banyak bersabar dan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin mengguris hati orang lain. Diam itu lebih baik.” Jelasnya

Sebagai ibu, Nazrah mengakui terkilan dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu. Namun, menegaskan tidak mahu masuk campur dalam urusan anaknya itu kerana hal tersebut melibatkan Haqiem dan rakan-rakannya. Malah, menganggap mereka sudah besar dan harus menyelesaikan masalah sendiri.

Kontroversi melibatkan Haqiem yang mahu bersara dalam industri, Nazrah cuma memberitahu segala keputusan terletak ditangan Haqiem. Namun, beliau haruslah berfikir dan membuat keputusan yang bijak.  Sebagai ibu, Nazrah hanya mahu yang terbaik buat anaknya itu.

Apapun, diharap Haqiem Rusli dapat menyelesaikan konflik yang melanda diri beliau dan segala kontroversi melibatkan dirinya dan rakan baiknya itu dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi yang timbul dikalangan netizen!

Salma Syahbuddin