Categories: HiburanSelebriti

Ibu Mertua Rugi Ratusan Ribu, Anzalna Sindir Siapa Di Instagram?

Selepas ditipu seorang wanita, ibu mertua kepada pelakon Anzalna Nasir kehilangan ratusan ribu ringgit.

Hal ini dikongsikan oleh pelakon jelita itu di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Menerusi kapsyen panjang lebar tersebut, Anzalna menulis jika diikutkan hati, mau sahaja dia memberitahu siapa gerangan wanita yang tidak bertanggungjawab itu.

“ Bertudung dan berkaca mata tapi kadang-kadang dia buka tudung, sis confuse. Kami anggap semua ni ada hikmah. Zaman sekarang ni memang senang sangat ditipu.

“ Berhati-hati la.. Ramai yang nak tunjuk hidup MEWAH terutama sekali di media sosial sampai sanggup MEMINJAM / MENIPU duit orang! Dah menipu kantoi, mula la keluar segala ayat dalam Al-Quran minta simpati konon nya mangsa keadaan. Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi, hidup ikut kemampuan kita,” kata Anzalna.

Tambah isteri kepada Muhamad Hanif Mohamad Zaki itu, dia berpesan agar orang ramai berhati-hati dengan kejadian sebegini.

“ Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

“ Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Amin,” akhirinya dengan tanda pagar #TakBaikMakanDuitHaram.

Sementara itu, suami Anzalna, Muhammad Hanif menerusi Instagramnya pula memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu selain tindakan undang-undang.

Katanya, sudah hampir setahun ibunya menjadi mangsa penipuan wanita tersebut hingga menyebabkan ibunya terpaksa menanggung kerugian besar.

SGMS Faida