Ibu Syamsul Dedah Puteri Sarah Bakal Bawa Anak-Anak Beraya Luar negara – “Hancur Hati, Kejam Perbuatan Mereka!”

Walaupun konflik rumah tangga antara pengarah terkenal Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana hampir menemui titik noktah, namun timbul pula isu baru apabila ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail mendedahkan menantu dan cucunya itu akan menyambut Hari Raya di luar negara.

Menerusi perkongsian yang di muat naik di Instagram Story, Patimah mengaku sedih dengan nasib yang menimpa cucu dan menantu kesayangannya apabila terpaksa membawa diri ke luar negara dan menyambut Hari Raya di sana akibat perbuatan individu yang disifatkan sebagai kejam.

“Hari Raya, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya.

“KEJAM Perbuatan mereka!,”katanya.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam turut menitipkan pesanan kepada Syamsul supaya menerima keputusan perceraian yang akan diadakan pada 18 April ini dengan hati yang terbuka terutamanya apabila Puteri Sarah bertemu pengganti kelak.

Malah, dia juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Syamsul, Sarah dan anak-anak turut terjaga.

“Kelak jika bekas isteri ada bertemu pasangan lain, Syamsul jangan bengkak hati, jangan berdendam.

“Saya sangat berharap agar silaturrahim antara mereka terjaga demi anak-anak,” jelasnya.

Dalam pada itu, adik kepada Syamsul iaitu Syafiq Yusof turut menyatakan bahawa akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama abangnya dan kakak ipar baharu, Ira Kazar.

Namun, dia masih belum bersedia dan tidak mempunyai perancangan lanjut untuk mempertemukan Ira dengan ahli keluarga yang lain.

“Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali.

“Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain,”ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Apapun Berlaku Saya Nak Jumpa” – Harap Hubungan Keluarga Pulih, Syafiq Yusof Rancang Beraya Dengan Syamsul & Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Cerai Puteri Sarah 18 April Ini, Yusof Haslam Titip Pesan Kepada Syamsul

Salma Syahbuddin