Ibu Tiri Jatuh Sakit…Bagaimana Reaksi Aurel Hermansyah?

Penyanyi Indonesia, Ashanty disahkan mengalami penyakit Autoimun.

Isteri kepada komposer dah ahli politik, Anang Hermansyah ini dilaporkan ditahan di Hospital Pusat Angkatan Darat (RSPAD), Jakarta. 

Berita ini ternyata mengejutkan seluruh ahli keluarga termasuklah anak tiri yang amat rapat dengannya, Aurel Hermansyah. 

“Bunda beritahu, ‘Kak, bunda kena Autoimun’,” kongsinya menerusi sebuah video di saluran Youtube The Hermansyah berjudul “Pernah Menderita Meningitis, Kini Ashanty Divonis Autoimun“. 

Tambah Aurel, dia dan adiknya, Azriel amat terkejut dengan berita berkenaan.

Ujar Aurel, selepas mendapat tahu penyakit yang menyerang Ashanty, dia dan adiknya segera meminta pendapat daripada beberapa beberapa doktor.

“Kerana penyebabnya belum jelas disebabkan apa. Namun begitu, setiap kali orang bertanya tentang bunda, saya akan menjawab, bunda boleh dan akan sembuh,” kata Aurel.

Sebelum ini, Ashanty pernah berdepan dengan masalah penyakit Meningitis.

Penyakit Autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri. Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menanggap sel tersebut adalah sel asing. Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu.- Tribun News. 

SGMS Faida