‘If We Are Getting Old’, Hadiah Shila Untuk Suami

Bak puteri raja, penyanyi Shila Amzah tampil bersama suaminya, Haris Idraki Elias pada majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi.

Majlis bertemakan perhiasan China ketika era 60-an atau ‘Chinoiserie’, resepsi tersebut dihadiri kira-kira 800 tetamu yang  terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua keluarga mempelai.

Penyanyi berusia 27 tahun tampil jelita dengan gaun hitam yang direka khas oleh pereka kegemarannya, Azura Couture manakala Haris segak dengan sut hitam yang sedondon.

Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu Mandarin terbaharu Shila, ‘If We Are Getting Old’ buat Haris sebagai tanda penyatuan cinta mereka.

Lebih menarik, majlis resepsi ini turut memberi kejutan buat Shila dengan persembahan oleh kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu buat pasangan pengantin!

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rakan-rakan artis yang hadir  termasuk pengacara Fara Fauzana, Jihan Muse dan pelakon, Zarazya.

SGMS Faida