Ikan Punya Pasal…Aliff Syukri Kena ‘Serang’ Lagi?

Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri ‘naik hantu’ dengan dua pekerjanya selepas ikan mewah peliharaanya mati disebabkan racun.  

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, Aliff Syukri berkongsi kekecewaanya kerana hampir semua ikan mewahnya mati.

Aliff memaklumkan kesemua ikan peliharaanya itu mencecah ratusan ribu Ringgit malah difahamkan harga bagi seekor ikan sahaja mencecah RM 1000. 

Sementara itu, Aliff memaklumkan kesemua ikan mati itu sedia dijual dan pembelian boleh dibeli menerusi nombor telefon yang tertera di Facebook atau Instagram.

“Kepada anda yang nak beli ikan ni, boleh contact nombor yang tertera di Facebook ataupun Instagram.

“Kami telah asingkan yang dah jadi bangkai, dan yang segar kami asingkan,” – jelas Aliff Syukri.

Menurut Aliff, ikan yang masih segar sahaja dijual, manakala ikan yang sudah menjadi bangkai dan busuk diasingkan daripada yang segar.

Rata-rata pengikut Aliff menulis punca kematian ikan-ikan itu bukanlah disebabkan racun tetapi saiz kolam yang tidak masuk akal. Banyak kot ikan?

Ada juga yang menasihati Aliff supaya lebih tenang dan mengatakan ikan-ikannya mati bukan salah tukang kebun, itu semua berpunca dari saiz kolam yang sangat kecil dan tidak dapat menampung jumlah ikan yang banyak itu.

SGMS Faida