Categories: HiburanSelebriti

Impian Beli Rumah, Kereta Mewah Tercapai

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selama empat tahun berkerja tanpa mengira penat lelah, Ruhainies mengapai impiannya untuk memiliki rumah sendiri dan kereta mewah jenama Mercedes, dengan riangnya. 

“Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri. Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan”

Kereta mewah dan rumah yang dibeli itu bukanlah untuk di guna olehnya sendiri tetapi juga seisi keluarganya. Rezeki yang dimiliki kini atas doa ibu bapanya, jadi ini masanya untuk membalas jasa mereka, kata Ruhainies

“Saya beli rumah dan kereta ini bukan untuk saya guna seorang, tetapi untuk keluarga. Jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam. Rezeki ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini.” katanya lagi

SGMS Enal