Individu Kritik Puteri Sarah Ambil Gambar Duduk Mencangkung Seperti Ira Kazar, Ini Respons Empunya Badan

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah foto di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Puteri Sarah memuat naik gambar dalam keadaan duduk atau sedang mencangkung.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu dipercayai menggunakan akaun palsu mengkritik gaya foto Puteri Sarah itu seakan sama dengan madunya, Ira Kazar.

Tidak berdiam diri, isteri pertama pengarah sensasi Syamsul Yusof itu tampil membidas komen tersebut.

Jelas Puteri Sarah, rakan selebritinya, iaitu Hannah Delisha juga turut mengambil gambar dengan gaya yang sama.

“@hannahdelisha pun style macam ni. Kenapa you macam tersakiti sangat,” soal Puteri Sarah.

 

Menjengah ke ruangan maklum balas, komen Puteri Sarah itu meraih sokongan ramai pengikutnya yang telah memberi semangat untuk mengabaikan komen-komen negatif.

Sebelum ini, Puteri Sarah mengakui terdapat beberapa akaun palsu yang sering meninggalkan komen berbaur negatif di setiap hantarannya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Perasan Fake Account Selalu Muncul Di Setiap Post Puteri Sarah, Ini Respons Tuan Badan… – “Dah Boleh Agak Siapa…”

Aqilah Paharuzi