Individu Persoal Tanggungjawab Suami Terhadap Anak, Ini Respons Julia Farhana – “Dia Sangat Hardworking, Luluh Hati Bila Sering Difitnah…”

Pelakon Julia Farhana mengakui terkesan melihat pengorbanan suaminya yang bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya meskipun acap kali difitnah.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Julia menjawab persoalan netizen yang bertanya sama ada suami tercintanya, Dr Che Hafiz adalah seorang suami dan bapa yang baik.

“Is he a good husband?  He provides all to his daughter?” soal netizen berkenaan.

Kata Julia, suaminya adalah seorang suami yang terbaik, bertanggungjawab, pemaaf dan bekerja keras.

“I am obviously biased. He is a great husband, responsible, always present, always forgiving, hardworking,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran sama aktres drama Harith Fayyadh ini berkata setiap kali suaminya difitnah, Julia sering mencuba untuk mendedahkan perkara sebenar namun dihalang oleh suaminya dan diminta untuk bersabar.

“Kadang nak nangis tengok dia punya hardworking, luluh hati isteri ini bila tengok suami kena fitnah macam-macam.

“Rasa nak bagi tahu the truth tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata minta isteri jadi kuat.

“Perkahwinan ini sememangnya mengajar saya untuk menjadi kuat.

“He is an amazing husband. He still has his daughters dresses in closet. Sedih tengok. Other than his responsibilities as husband, it’s not my place to say anything.

“Ini dugaan kami dengan ikhlas kami terima,” akhirnya.

Untuk rekod, Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Che Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Aqilah Paharuzi