Individu Tak Bertanggungjawab Sebar Dokumen Tuntutan Mahkamah Adam Shahz, Dakwa Fatin Afeefa Abai Anak?

Umum sedia maklum, bekas pasangan pelakon, Fatin Afeefa dan Adam Shahz sedang berlawan di mahkamah berkenaan kes hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia, 7.

Berdasarkan satu video tular di TikTok, terdapat individu memuat naik surat dokumen tuntutan hak penjagaan anak yang dilaporkan oleh Adam kepada pihak mahkamah.

Surat yang mengandungi beberapa sebab dan alasan tuntutan tersebut dilakukan adalah sebuah dokumen sulit, namun tersebar di pelusuk media sosial.

Menurut surat tersebut, plaintif iaitu Adam mendakwa bekas isterinya, Fatin mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Ivy, serta didakwa tidak menghantar ke sekolah.

“Defendan (Fatin) kurang memberi perhatian terhadap anak dan kebanyakan hal anak diuruskan oleh ibu defendan. Anak sering mengadu merasa sunyi dan tidak mahu tinggal bersama Defendan.

“Defendan gagal memberi pendidikan yang baik kepada anak kerana sehingga kini anak tidak dihantar ke sekolah dan langsung tidak diberikan perhatian sewajarnya” dakwa Adam.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, kakak aktres Tentang Bulan iaitu Fatin Beyla meluahkan rasa geram terhadap individu berkenaan yang menggunakan akaun palsu di TikTok untuk menyebarkan surat berkenaan.

“Saya geram! Benda private and confidential (p&c) macam ni boleh dia main post. Benda ni tak ada siapa pun tahu even kita family pun Effa (Fatin Afeefa) tak pernah tunjuk,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada pihak Fatin sendiri berkenaan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Awang Mengaku Lebih Gemar Bermain ‘Forex’, Fatin Afeefa Label Suami ‘Red Flag’?

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa Bengang Adam Shahz Tak Muncul Di Mahkamah? – “Drive Awal Pagi Hanya Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum Komen Kaji Dulu” – Dituduh Tak Hadir Perbicaraan, Ini Jawapan Adam Shahz!

Aqilah Paharuzi