“Ingat Apa? Nak Peluk Saja-Saja Ke?” – Aksi Mesra Dengan Aliff Aziz Tular, Ini Reaksi Intan Najuwa

Selepas tular isu berpelukan melibatkan dirinya bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, aktres Intan Najuwa akhirnya tampil memberikan komen berkenaan insiden tersebut.

Ia selepas ramai pihak yang berasa kurang senang dengan aksi mesra pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini bersama suami Bella Astilah sehingga ada yang tampil memberi peringatan kepada Aliff untuk sentiasa menjaga hati isterinya itu.

Bagaimanapun, menurut Intan isu berpelukan itu seharusnya tidak timbul kerana masing-masing sedang terlibat dengan penggambaran drama terbaharu mereka.

Bahkan, Bella turut menemani Aliff di set penggambaran tersebut.

Intan menerusi perkongsiannya di Instagram Story turut menegur tindakan sesetengah pihak yang tampil dengan headline yang ‘mengundang’.

“Kan tengah shooting, tak nampak ke kamera tengah rolling tu.

“Semua orang kat situ… kami tengah shooting untuk #JodohkuBabysitter. Ingat apa nak peluk saja ke, dah takde kerja sangat ke?” katanya.

Sementara itu, Intan berharap agar video berpelukan tersebut tidak disebarkan.

“Headline pun mengundang. Kenapa perlu nak spread benda-benda negatif,” tulisnya.

Terdahulu, video berdurasi 15 saat itu tular di media sosial TikTok memaparkan pelakon tersebut saling berpelukan sambil Intan memegang tangan Aliff.

Tinjauan di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @lovethv juga turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang  mempersoalkan tindakan Aliff.

 

Salma Syahbuddin