Featured By: Salma Syahbuddin July 25, 2023 @ 6:30pm

“Ingat Saya Ni Apa? Playgirl Ke?” – Jawab Dakwaan Main ‘Kayu Tiga’, Ruhainies Lebih Pilih Privasi

Pelakon sensasi, Ruhainies tampil menjawab dakwaan kononnya dia kini sedang bermain kayu tiga apabila dikaitkan dengan beberapa individu lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Menurut pemilik nama, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, dia terkejut dan berasa sedih dengan kontroversi berkenaan, apatah lagi individu yang menyebarkan fitnah itu tidak dapat memberikan bukti yang kukuh.

“Saya paling tak suka benda macam ni sebab mereka tak ada bukti yang kukuh tiba-tiba story tu keluar dan saya rasa sedih.

“Siapa? Nama orang tu apa? pun tak tahu.. tak ada bukti dan memang tak logik tuduhan tersebut,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi.

Tidak mahu namanya terus terpalit dengan kontroversi, pelakon drama Hello Mr Perfect ini menjelaskan bahawa dia sudah penat dengan gosip liar yang melabel dirinya ‘playgirl’ dek kerana sering bertukar-tukar pasangan.

Malah, sebagai seorang selebriti dia memilih privasi sebagai langkah terbaik untuk dirinya ‘lari’ dari fitnah tersebut.

“Untuk pengetahuan saya masih single. I am not attached to anyone and i keep it secret.

“Kita tak kacau orang tiba-tiba orang gosip saya dengan orang tu , orang ni… Ingat saya ni apa? Playgirl sangat ke?

“Saya penat lah! Mentang-mentang saya single, semua orang mereka nak kenen kan…Tapi biarlah benda tu privasi untuk saya dan saya nak fokus untuk karier dan family sahaja,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

 

Dalam pada itu, Ruhainies juga sempat disoal mengenai status rumah tangga kakaknya yang juga seorang pelakon, Risteena Munim apabila ada yang mendakwa perkahwinan pelakon itu dan suaminya, Isa Khan kini goyah.

Bagaimanapun, tidak berselindung dengan dakwaan tersebut, Ruhainies menyifatkan rumah tangga kakak dan abang iparnya itu masih dalam keadaan baik

“Bila orang tanya maknanya orang kisah. orang sayang dia…tapi saya nampak mereka lovey dovey macam dulu, sama je.

“Mungkin gaduh-gaduh manja lah kot…tapi memang mereka tak ada masalah. Alhamdulillah okay dan mereka happy,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Featured Thu, 7 Sep 2023

Muat Naik Foto Di IG, Netizen Dakwa Syafiq Kyle Nampak Lebih ‘Happy’?

Banyak betul interpretasi untuk foto peace syafiq ni kan?🫣

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Ini 4 Perkara Unik Tentang Drama The Promise!

The Promise drama Cina terbaik khas buat penonton setia 8TV!

Trending Mon, 28 Sep 2020
Hiburan Sun, 16 Jun 2019

‘Ada Manis Menunggu Di Hadapan’- Rita Rudaini Bersyukur Kerana ‘Dipilih’

Selamat Hari ‘BAPA’ untuk Rita Rudaini. Semoga terus kuat membesarkan anak-anak…

Hiburan Thu, 12 May 2022

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Hadiah kereta mewah buat anak lelaki AC Mizal dan Emylia