Ingin Semuka Dengan Individu Mengaku Jiran, Ali Puteh Minta Kemukakan Bukti & Hentikan Fitnah – “Orang Kalau Betul Tak Pakai Fake Account”

Isu antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah semakin berpanjangan.

Muncul seorang individu yang mengaku dirinya jiran kepada arwah Abam Bocey mendakwa pelawak itu berada di rumah sewaktu balu abangnya datang ke rumah.

Enggan berdiam diri, Ali tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu fitnah.

Malah, Ali turut meminta individu terbabit untuk bersemuka dengannya dan kemukakan bukti yang jelas atas dakwaan yang dilakukan.

“Fitnah makin besar dan makin besar sekarang.

“Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah,” katanya.

Memetik laporan Gempak, pelawak itu juga tegas menyatakan dirinya benar-benar tiada di rumah tersebut sewaktu balu abangnya datang ke rumahnya.

“Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ?

“Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen,” tambahnya.

Sumber: Gempak

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sudah Lama Beri Masa & Ruang” – Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran!

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Fatin Nurain