“Ini Adalah 100% Serius! Kalau Ada Hamlau…”- Awie Mohon Aliff Syukri Pergi Kumpul Setem, Jadikan Hobi

Baru-baru ini Datuk Awie meluahkan rasa kesalnya apabila menganggap industri hiburan seperti dilacurkan dengan kemunculan muzik-muzik yang dianggap tiada nilai akibat tindakan segelintir TikTokers dan beberapa usahawan.

Dan sekali lagi, penyanyi lagenda itu tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Aliff Syukri yang mengatakan tindakannya untuk tampil dengan lagu bergandingan bersama Baby Shima itu hanyalah sekadar hobi semta-mata.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, mana-mana pekerjaan yang terlibat dengan industri termasuklah industri hiburan, ia adalah pekerjaan yang serius dan tidak boleh dibawa ‘main’.

“Betul itu hobi, tapi ini kerjaya kami. Kalau kita duduk dalam satu industri, tidak kiralah industri pengangkutan, industri pertanian atau industri senia dan nyanyian, ia adalah perkara yang serius.

“Jadi, saya dan yang lain-lain yang duduk dalam kelompok ini, ini adalah kerjaya kami. Bukan hobi kami. 

“Kerjaya yang kami cari dari titik peluh menyanyi, main muzik, lakonan dan sebagainya. Dan ia seratus peratus serius.

“Kalau ada hamlau yang datang nak kacau industri, kami jadi marahlah… Kerana, kita mahu orang yang terlibat dalam industri ini tidak menjadikan ia sekadar hobi. Kalau hobi baik pergi kumpul setem, tangkap ikan, atau cari rama-rama… itu hobi,” katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Sejati ini menganggap tempoh 37 tahun dalam industri hiburan tanah air bukanlah satu masa yang singkat justeru, beliau tidak mahu tindakan usahawan sebegini mencalarkan imej dan maruah industri muzik tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Sedih Industri Muzik Dilacurkan, Datuk Awie Sound Siapa Tu? – “Bercakap Tak Sedap, Menyanyi Apatah Lagi.. Dah Kaya Jangan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Awie Tampil Dengan Coretan Pilu, Jadi OST Drama Bersiri Ayahanda

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Neelofa & Siti Nurhaliza Kini Datuk Awie Pula Berdepan Dakwaan Isu Langgar SOP

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin