Ini Cara Diana Danielle Rai Hari Jadi Anak, Terbaiklah!

Pasangan selebriti Datin Diana Danielle dan suaminya, Datuk Farid Kamil meraikan ulang tahun kelahiran ke-6 anak sulung mereka, Muhammad, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon jelita ini dilihat menjemput kenalan terdekat anaknya bagi meraikan hari jadi anak bujangnya itu. 

” Sambutan yang intim dengan jemputan terdekat untuk anak saya. Disebabkan menghadiri beberapa rumah terbuka bulan ini, kami perlu mencari tarikh sesuai untuk meraikannya. Apa yang penting, saya berharap anak lelaki saya terus sihat, gembira dan enjoy dengan kawan-kawan pada malam tadi,” tulisnya.

Pelakon drama Raisha 2 ini turut memuji anaknya, Muhammad atau lebih mesra dipanggil sebagai Che Mad yang dilihat suka melindungi orang-orang yang disayangi.

” Kami sayang awak, Muhammad melebihi kiraan bintang yang ada di alam semesta,” tulisnya. 

Untuk rekod, Muhammad dilahirkan di sebuah hospital di Sydney, Australia. 

SGMS Faida