Categories: HiburanSelebriti

Ini Drama Hantu Popular Di Tonton?

Wow!

Kalau korang rasa drama cinta selalu mendapat tempat dihati peminat dan penonton maka, tekaan anda ternyata salah. Kenapa? Kerana, untuk minggu ini drama seram menjadi pilihan penonton menerusi laman portal kami hanya di tonton. Nak tahu apakah antara drama seram tersebut, jom kita layan!

  1. Nenek Kebaya ilmu

Drama Nenek Kebaya ini mengisahkan tentang dendam kesumat Intan Sari kepada Raja Kembayat kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada tunangnya Indera laksamanadan membutakan mata ibu angkatnya, Mak Inang. Untuk itu, dia telah mempelajari ilmu hitam. Dendam yang tak terbalas itu telah berlanjutan selama 7 keturunan apabila ilmu hitam itu telah diwariskan kepada Nenek Putih. Melalui cucunya, Samsiah yang dikahwinkan dengan keturunan Raja Kembayat, Adam. Intan Sari ingin mencapai hasratnya untuk memusnahkan keluarga Adam Maka, Intan Sari telah menjelma menjadi Samsiah manakala, Samsiah pula telah ditukarkan kepada rupa neneknya menggunakan kuasa sihir. Kini dengan wajah Samsiah , Intan Sari bebas untuk membalas dendam. Namun, hasrat Samsiah terhalang apabila beliau tidak boleh mendengar bacaan ayat suci Al Quran kerana berasa panas. Namun, pemandu suaminya yang pandai agama itu turut merasakan kehadiran kuasa syaitan disekeliling beliau. Apakah kesudahan cerita ini? Dapatkah Intan Sari membalas dendam? Lakonan mantap Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Amyza Adnan , Zed Zaidi dan Pekin ibrahim ini sekali lagi bakal menghantui anda hanya di tonton!

     2. Nilapura

Ha! Nilapura ni bukan cerita hantu tau. Tapi ia mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas yang terpaksa berkahwinn dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura. Memandangkan masing-masing sudah mempunyai kekasih, perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga ini adalah bertujuan untk mendapatkan hubungan kedua buah negara. Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga, tetapi Rangga yang suka berfoya-foya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Namun, satu insiden telah membuatkan Rangga berubah. Dia mula mencintai Ratna setelah dia menyedari isterinya itu banyak bersabar dengan karenahnya selama ini. Lakonan mantap, Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza dan ramai lagi ini mampu membuatkan anda menitiskan air mata.

   3. Puaka Bunga Tanjung

 

Puaka Bunga Tanjung mengisahkan tentang seorang gadis desa yang cantik tetapi sering kesunyian bernama Mayang Bidari. Mayang sangat obses kepada bunga tanjung dan dihanyutkan ke sungai pada setiap malam bulan mengambang sebagai mencari pasangan hidupnya sekiranya bunga itu di sambut oleh seseorang jejaka lain yang tahu menilai erti karangan bunga nya itu. Sikap pelik Mayang itu yang suka memakai bunga tanjung di telinganya atau di sanggulnya sering di marahi bapanya, Pak Malik yang memang membenci perihal bunga tersebut. Namun, Mak Diah menyokong tindakan Mayang kerana beliau turt mengamalkan amalan yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Nak tahu apakah rahsia disebalik bunga tanjung? jangan lupa saksikan drama Puaka Bunga Tanjung hanya di tonton.

   4. Cucu Betong

Malika meminta pertolongan daripada Ratu Solowangi untuk kembalikan waja, tenaga dan ilmunya tetapi syarat yang diberikan oleh Ratu Solowangi sungguh berat. Malika terpaksa akur dengan syarat itu asalkan segala kemahuannya dapat dikembalikan. 12 tahun yang lalu, sikap Raqib (cucu betong) sungguh baik. Dia sering menjadi bahan buli oleh rakan-rakannya di sekolah yang diketuai oleh Ketua pembuli iaitu Akmal. Ketika ini dia masih belum mempunyai ilmu silat. Melisa mengikatkan zaman tentang perlunya menjaga Raqib betul-betul sebagai pewaris Warisan Corp kerana keadaan mereka yang masih belum punya zuriat. Lakonan heba,t Sheila Rusly ini pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti episod seterusnya.

   5. Puaka Niang Rapik

Di sebuah kampung bernama Niang Rapik, para penduduknya itu percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang muncul setiap kali tibanya Maal Hijrah, yang mana seorang di kalangan mereka akan mati gara-gara dikurung oleh kuasa ghaib Niyang Sakti. Sehinggalah, kehadiran Ustaz Amirul ke kampung itu mengubah pemikiran penduduk kampung dan menimbulkan kemarahan oleh beberapa penduduk setempat yang amat berpegang teguh kepada kepercayaan karut tersebut.

Salma Syahbuddin