Categories: Featured

Resepi Jagung Cheese Ala Korea Ini Gerenti Buat Anda Menjilat Jari!

Anda suka tak makan jagung? Biasanya, paling mudah jagung mentah yang dibeli mesti anda akan rebus sahaja dan ditambah dengan sedikit garam. Itu pun rasanya dah cukup sedap! Lain pula kalau kita lihat di tepi-tepi jalan ada juga peniaga yang menjual aneka jenis jagung ini termasuklah jagung rebus, jagung bakar dan sebagainya.

Tetapi kali ini, kami ingin kongsikan resepi baharu iaitu Jagung Cheese ala Korea. Resepi ini sangat mudah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak pun tau! Bagi anda yang ada anak kecil pasti mereka suka sebab rasanya punyalah sedap! Kalau nak tahu rasanya jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

1 Sudu Besar Lobak Cincang

1 Sudu Besar Lada Benggala Cincang

1 Mangkuk Kecil Jagung Cincang

2 Sudu Besar Mayonis

1 Sudu Besar Gula

1 Sudu Besar Mentega

Mozzarella Cheese

Cheddar Cheese

Cara-Caranya:

Hiris halus lobak dan lada benggala. Kemudian campurkan lobak, lada benggala, jagung, mayonis, dan gula ke dalam mangkuk. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga sebati.

Panaskan pan dan masukkan mentega. Apabila mentega sudah cair masukkan jagung tadi ke dalam pan. Gunakan api yang perlahan dan kacau seketika. Seterusnya, taburkan mozzarella cheese ke atas jagung (lagi banyak lagi sedap) dan taburkan cheddar cheese. Tutup pan tersebut dan biarkan masak selama 5 minit sehingga cheese cair. Siap!

Ini pula video sebagai rujukan anda untuk resepi ini.

Jangan lupa kongsikan resepi yang anda buat dekat Facebook kami ya! Selamat mencuba!

Sumber: Umi’s Cooking

tex_admin