“Ini Macam Nak Gaduh Ni…Lagi Teruk Dari Hayfa & Adam”- Penangan Drama #RisikPadaHati, Suami Jadi Mangsa

Penangan terhadap drama Risik Pada Hati yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini ternyata cukup memberi impak kepada penonton.

Malah, ada beberapa babak dalam drama berkenaan juga dikongsikan di media sosial sehingga menjadi tular.

Namun, perkongsian dari individu yang dikenali sebagai @Fayizz menerusi aplikasi TikTok miliknya ini mencuri tumpuan selepas beliau berjaya merakam gelagat isterinya yang dilihat terlalu emosi dengan drama berkenaan.

“Cerita pasal kahwin dua tu…cerita ini lah, kadang saya duduk atas sofa awak tanya kenapa menangis?” katanya.

Malah, isteri beliau juga sempat meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Adam apabila bersikap bias terhadap Hayfa.

Bahkan, sempat berpesan kepada suaminya itu agar tidak melakukan hal yang sama yang dilakukan oleh Adam.

@fayizz93Nak prank isteri tak pasai-pasai aq kena prank haha🤣♬ original sound – Fayizz

 

Video berdurasi lebih satu minit ini telahpun ditonton lebih 3 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

Sementara itu, video berkenaan juga turut dikongsikan oleh pihak @DramaSangat menerusi akaun instagram rasmi mereka.

 

Menjengah diruangan komen rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si isteri yang terlalu emosi mengikuti drama berkenaan.

Salma Syahbuddin