Marshanda Dibawa Ke hospital Sakit Jiwa Selepas Laporan Kehilangannya Tular

Sebelum ini pelakon popular Indonesia, Marshanda pernah mengejutkan industri hiburan apabila berita mengenai kehilangannya tular sekitar Jun lalu.

Berita tersebut dikhabarkan oleh rakannya, Sheila Salsabila menerusi satu video perkongsian di Insta Story miliknya.

Bagaimanapun, selepas dua hari berita kehilangannya tersebar, Sheila memberitahu bahawa Marshanda telahpun ditemui dalam keadaan yang selamat.

“Marshanda telah ditemui. Tapi dia ditemui di kawasan yang sangat bahaya dan terkenal dengan aktiviti dadah, rompakan, gelandangan serta pelacuran.

“Tapi dia dalam keadaan baik saat ini,” kongsinya.

Berkongsi mengenai kehilangannya itu, Marshanda atau nama sebenarnya, Andriani Marshanda, 33, memkalumkan bahawa pada hari kejadian dia sengaja keluar tanpa memberitahu sesiapa kerana memerlukan masa untuk bersendirian.

Namun, kejadian menjadi semakin tegang selepas dia tidak membawa telefon bimbit dan mereka juga menemui ubat miliknya.

“Saya tinggalkan telefon bimbit di rumah sewa kerana tidak mahu dikesan sesiapa. Saya mahu waktu bersendirian di pantai.

“Ketika jalan pulang pandang saya kabur kerana tidak memakai kanta lekap dan saya minta bantuan seseorang di sana. Namun ketika itu ambulan yang datang menjemput kerana sahabat saya telah awal menghubungi panggilan kecemasan.

“Saya dibawa ke rumah sakit jiwa kerana mereka menemui ubat. Saya ditahan hampir dua minggu dan tidak dapat berhubung dengan orang lain,” katanya.

Terdahulu, berita kehilangan pelakon drama Benci Bilang Cinta ini ternyata mendapat liputan hangat dari pihak media Indonesia mahupun Malaysia selepas aktres itu dikhabarkan mempunyai rekod penyakit bipolar.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Time Is Dying?”- Hilang di Los Angeles, Marshanda Ditemui Di…

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dah Ada Dua Penyakit Pun Macam Ni, Lebih Baik Berzikir..” – Netizen Terkilan Marshanda Pilih Tarian Intuitif Sebagai Terapi Bipolar

ARTIKEL BERKAITAN:Marshanda Derita Hidap Kanser Payudara, Akui Sudah Bersiap Sedia Jika Bertemu Ajal

 

Sumber: Detikhot

Salma Syahbuddin