“Yeay, Baby Boy! Alhamdulillah..” – Kongsi Wajah Baby, Stacy Selamat Bersalin Anak Kedua

Penyanyi popular, Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Syaikhah Stacy Anam, 32, selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 10.19 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga penyanyi Akim Ahmad menerusi hantaran di lnstagram miliknya sebentar tadi.

“Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah, jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah.

“Isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini mengucapkan tahniah dan terharu kerana pasangan ini akhirnya dikurniakan anak lelaki.

 

Untuk rekod, Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 4 tahun.

Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia 10 tahun.

 

 

Salma Syahbuddin