Selepas 7 Tahun, Nurul Izzah Kembali Bergelar Isteri… Pilih Yin Shao Loong Sebagai Teman Hidup

Anak kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PKR), Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah Anwar selamat diijabkabulkan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong pada Jumaat.

Berita itu dikongsi oleh Naib Presiden PKR itu sendiri menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).
“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” tulisnya.

Difahamkan, sebelum ini Nuurl Izzah pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.

 

Kredit foto:  Pinography

Salma Syahbuddin