“Insiden Yang Berlaku Masih Ada Kesannya” – Nynaa Harizal Harap Hubungan Dengan Keluarga Kembali Baik

Biarpun hubungan kembali jernih, pelakon, Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, pastinya sedikit sebanyak terkesan dengan kontroversi yang melanda pada tahun lalu melibatkan isu rumah tangga mereka.

Menurut Nynaa, apa yang berlaku antara kedua belah pihak memang sukar untuk dijelaskan kepada umum.

Namun, dalam masa yang sama, dia tetap bersyukur kerana hubungannya bersama suami kini lebih baik.

“Jujurnya, susah mahu menjelaskan segala-galanya, tetapi Alhamdulillah, kekeruhan dapat dijernihkan. Hubungan saya dan suami baik seperti dahulu.

“Soal hubungan dengan keluarga, tipulah jika saya katakan tiada masalah dengan keluarga, mesti ada. Apa yang saya harapkan semuanya akan kembali jernih,” katanya.

Nynaa yang popular menerusi drama rantaian Kekasih Paksa Rela yang ditayangkan di TV3 ini mengakui, dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan berharap apa yang berlaku sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya masih berhubung dengan keluarga. Insiden yang berlaku masih ada kesannya. Saya percaya akhirnya semuanya akan okay. Mungkin akan mengambil sedikit masa. Keluarga pun lama-lama akan baik dan boleh terima,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hanya Maut Bisa Memisahkan Kita…” – Nynaa Harizal Bersyukur Dapat Kembali Kepada Suami

ARTIKEL BERKAITAN:Fail Cerai 10 November Lalu, Nynaa Harizal Tetapkan 7 Syarat Jika Suami Mahu Bertemu… Dah Macam Puteri Gunung Ledang!

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

 

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin