Atlet Paralimpik, Latif Romly Kini Bergelar Datuk

Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan.

Atlet kelahiran Perlis itu menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’ selepas berjaya mempertahankan emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh (T20).

Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi muat naik di laman Facebook rasmi mereka sebenatr tadi.

 

Terdahulu, Latif menghadiahkan pingat emas ketiga buat Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo 2021, sekaligus mengulangi pencapaian yang diraih pada temasya yang sama di Rio 2016.

Bekas atlet terjun negara, Leong Mun Yee turut menerima pengiktirafan sama di istiadat terbabit dan membawa gelaran Datuk.

Terdahulu, Mun Yee bersara daripada arena terjun pada awal tahun ini selepas lebih 27 tahun menabur bakti.

Sepanjang kariernya, Mun Yee, 37, menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya Sukan SEA.

Mun Yee pernah meraih pingat perak bersama Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m seirama wanita di Kejohanan Dunia Gwangju 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Trek Lompat Jauh Ke Pentas KL Fashion Week 2021, Latif Romly Kini Jadi Tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN:“One Step Closer” – Latif Romly Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

ARTIKEL BERKAITAN:Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Emas

 

Salma Syahbuddin