Alami 9 Keriangan & Pengalaman Menakjubkan Di SkyWorlds Genting Highlands!

Pastinya keterujaan akan lebih terserlah sebaik sahaja anda melangkahkan kaki di SkyWorld, Genting Highlands.

Taman tema Asia Tenggara yang paling dinanti-nantikan ini akan dibuka bermula 8 Februari 2021 dengan lebih 9 lokasi tarikan yang harus dikunjungi!

 

Ayuh! Mulakan langkah anda ke Studio Plaza di mana anda akan disajikan dengan pengalaman hiasan dan rekaan indah seperti anda sedang berada di negara asing!

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai barangan untuk dijadikan buah tangan buat yang tersayang sambil berehat dan menikmati pemandangan dekorasi menakjubkan ini.

Bagi menghangatkan suasana, anda boleh memilih untuk bermain dan merasai pengalaman di Rio!

Di sini, terdapat pelbagai permainan seperti, Blue Sky Corousel, Samba Gliders dan Rio Carnaval Chaos! yang semestinya mengujakan bukan sahaja bagi kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Oh ya! Anda juga boleh bermain sambil ber-ootd di Rio Centro Stage!

Bagi peminat siri animasi Epic, anda pastinya teruja melihat kawasan ini dihiasi dengan tanaman 3D.

Malah disamping mengambil gambar jangan pula lupa untuk try permainan Epic Hummingbird Flyers dan Epic Voyage Moonhaven. Opss! tapi kalau nak main permainan ni, anda kenalah standby baju lebih okay!

Selain siri animasi Epic, animasi seperti Ice Age jua antara yang paling mendapat sambutan disamping permainan Andromeda Base, Robots Rivet Town, Eagle Mountain, Liberty Lane dan juga Central Park.

Jangan risau, bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga di SkyWorld Genting Highlands ini, anda boleh layari gentingskyworlds.com atau muat turun aplikasi Genting SkyWorlds untuk menempah tiket-tiket anda hari ini!

 

 

Salma Syahbuddin