Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 5, 2022 @ 5:29pm

Insulin Kosong Dalam Badan, Ako Mustapha Dikejar Ke ICU

Pelakon Ako Mustapha dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat di zon merah kritikal sejak semalam.

Isteri kepada pelakon itu, Kartina Shuaib memaklumkan bahawa kesihatan Ako merosot gara-gara tiada insulin di dalam badannya sehingga menyebabkan saraf dan otot tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Saya tiada di rumah sejak hujung minggu lalu, ada outstation. Ako di rumah dengan anak-anak, tetapi dia bekerja seperti biasa. Saya tidak tahu yang dia tidak ambil ubat kencing manis ketika ketiadaan saya.

“Jadi, ketika tiba di rumah pukul 3 pagi tadi, saya lihat wajah dia dah lain macam. Dia beritahu yang dia muntah selepas minum air dan sup. Apa sahaja yang masuk keluar balik. Saya cadang pergi hospital tetapi dia enggan.

“Kemudian bila bangun tidur, saya beri dia minum air dan sup, tetapi muntah lagi. Muka dia pula dah mula senget. Saya hubungi ambulans dan Ako terus dibawa ke HKL. Bila sampai HKL, Ako dimasukkan ke zon merah kritikal. Menurut doktor, insulin dalam badannya kosong dan disebabkan itu, saraf serta otot tidak dapat berfungsi,” katanya kepada Gempak.

Oleh itu, memetik laporan Gempak, Kartina menegaskan bahawa masalah kesihatan Ako bukan kerana penyakit angin ahmar tetapi disebabkan masalah diabetes yang dihidapnya.

“Jadi doktor cakap bukan strok, tetapi sebab insulin tiada dalam badan. Dia sekarang dalam pemantauan dan doktor beri dia enam liter air serta glukosa beserta insulin.

“Doktor turut berkata yang mereka akan memantau Ako dalam tempoh 24 jam dengan harapan apa yang dimasukkan dalam badannya tidak ditolak.” jelasnya lagi.

Walaubagaimanapun, keadaan Ako kini dimaklumkan sudah mula boleh bercakap dan membuka mulut.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Mizie Kamis Tampil Dengan ‘Sampai Bila’

Lagu baru dari Mizie Kamis! 😍

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

Sari Yanti Tayang Baby Bump,

Sari Yanti Tayang Baby Bump, Peminat Dah Mula Rasa Tak Sabar

Trending Tue, 5 Jun 2018

Aeroplane Makes Emergency Landing Due to Man’s Horrible Body Odour

Passengers were even puking from the smell!

Featured Mon, 18 May 2026

Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Amir Ahnaf mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya menolak tawaran untuk terlibat dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).

Featured Mon, 30 Dec 2024

“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

Fazura menegaskan bahawa dia kini bukanlah Puan sebaliknya mahu dipanggil Cik.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018
Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Patutlah Diam, Rupanya Elizabeth Tan…

Lama tak dengar khabar Lizzy kan?

error: Content is protected !!