Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2024 @ 12:36pm

Ippo Hafiz Nafi Dakwaan Isteri Larang Bertemu Anak – “Lindungilah Maruah Suami”

Penyanyi Ippo Hafiz menafikan dakwaan isterinya, Fara Roslan kononnya dia menghalang bertemu anak kedua mereka, Ibrahim Afi Nur, 2, yang kini di bawah jagaannya.

Memetik laporan Harian Metro, Ippo berkata, dia masih menetap di kediaman sama namun, ada ketikanya dia terpaksa keluar  kerana bekerja ditempat lain.

“Tapi, kalau dia (Fara) ada bukti (dakwaan tak dapat dihubungi) boleh tunjukkan di mahkamah dan bukan media sosial. Apapun, dia lebih tahu apa yang sebelum ini kami bincangkan. Pada saya bila banyak fitnah, lebih baik kita serahkan di mahkamah saja.

“Saya menafikan kenyataan Fara termasuk segala tohmahan fitnah yang berlegar di laman sosial. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan cerita di sana saja. Ini kerana, saya bukan jenis yang suka nak bercerita di media sosial,”katanya.

Tambahnya lagi, dia ada berhubung dengan Fara mengenai keadaan anak pertamanya yang kini berada dibawah jagaan isterinya itu.

Namun, sebagai seorang ‘public figure’, dia tidak gemar cerita peribadi digembar-gemburkan oleh pihak luar dek kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi.

“Kita ada berhubung untuk bertanya mengenai anak pertama (kini tinggal bersama Fara). Bagi saya, sebagai ‘public figure’ memang saya tak suka cerita peribadi diandaikan oleh pihak lain sebab mereka tak faham apa yang kita alami.

“Tapi, buat masa ini saya menikmati saja masa dengan Ibrahim dan dia gembira bersama dengan saya dan ya, memang saya menjaga Ibrahim sendiri,” jelasnya.

Ippo berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pagi ini.

Ippo hadir bersama peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan kedua tuntutan nusyuz yang difailkannya pada 12 Mac lalu terhadap Fara yang didakwa keluar dari rumah mereka sejak November, tahun lalu.

Ditanya juga mengenai masih ada perasaan sayang terhadap isterinya itu, Ippo berkata, sebagai pasangan suami isteri perasaan itu tetap ada dan sukar untuk dilepaskan begitu saja.

“Susah saya nak cakap mengenai perkara itu (masih sayang) secara terperinci. Tapi, tipulah kalau tiada perasaan sayang. Sebagai keluarga, memang kita ada perasaan sayang tapi, apa yang boleh saya cakap, minta semua doakan yang baik-baik.

“Lagipun, dia (Fara) masih isteri saya dan saya menghormati dia, jadi lindungilah juga maruah suami,” katanya.

Sementara itu, Fakhrul yang mewakili anak guamnya berkata, prosiding seterusnya akan berlangsung pada 24 Jun depan.

Sekadar info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Yusof Zarin Nur, 4 dan Ibrahim Afi Nur, 2.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022
Featured Thu, 1 Sep 2022

Ustaz Don Daniyal Saran Tetapkan Garis Panduan Konsert – “Jangan Terus Jatuh Hukum”

Ustaz Don Daniyal ulas isu sekatan konsert artis antarabangsa

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Dah Berapa Kali Daddy Datang, Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” – Fattah Amin Risau Anak Tak Sihat

Fattah Amin berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya.

TECH Wed, 24 Oct 2018

Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Kenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan.

Events Thu, 23 May 2019

#SetulusIkhlas : Check In Kampung Bersama Skuad A!

Jangan lupa juga ikuti perkembangan dan info terkini check in kampung di Tangkak Johor pada weekends ni tau!

Trending Fri, 22 Jun 2018

Jalur Gemilang, PKR Flag and Baju Melayu Proudly Paraded at FIFA World Cup 2018

Even though Malaysia didn’t qualify for the tournament, we’re still making a presence there.

Trending Mon, 14 Oct 2019

如果「憨豆先生」都有份参演好莱坞电影!

如果说,好莱坞的大片都由憨豆先生出演,到底会是怎样的呢?

Anugerah Mon, 13 Mar 2023
error: Content is protected !!