Hiburan By: Salma Syahbuddin April 16, 2018 @ 10:21am

Irwan Akur Tersingkir Pada Minggu Ke-5 Mentor Otai

Protege kepada Mentor Tam Spider, Irwan , 35 tahun akur apabila usahanya untuk bertanding dalam konsert finale Mentor Otai terhenti pada minggu ke-5 pada Ahad.

Dengan membawakan lagu Hidup Dalam Mati nyanyian asal Syamel ini nyata tidak membawa tuah buat dirinya sekaligus menempatkan beliau di tanggah yang paling bawah dalam persaingan pada malam tersebut.

 

Walaupun pada malam konsert minggu ke-5 ini Irwan nampaknya membuat persembahan dengan begitu baik, namun juri tetap Edry Abd Halim menyifatkan persembahan beliau sebagai gelojoh sehinggakan persembahan beliau dalam lagu tersebut dilihat sebagai tidak konsisten. 

“Suka je.. memang konsep rembat tu awak memang rembat je tadi kan? Okay Irwan, dalam bidang nyanyian ada dua benda je jangan gelojoh. Jangan gelojoh dengan perempuan dan jangan gelojoh bila menyanyi. Awak gelojoh sangat tadi, cepat sangat. Banyak terkejar-kejar. jadi itu menyebabkan tempo awak lari. Apabila awak membuat persembahan dengan live band, awak kena control tempo tu supaya band boleh iring persembahan tadi. Jadi masalah tempo ada banyak dalam persembahan tadi. Tapi dalam banyak suara-suara awakn i ada soul eh, jadi itu saya harus puji. Ton nada awak tu very natural.Tak perlu terlalu polish. Tapi, saya nak nasihatkan sikit body language awak kurang..” Jelasnya

Selain itu, menurut Irwan mentor otai merupakan sesuatu yang tidak pernah sekali beliau sangka. 

“Saya akur langkah di Mentor Otai terhenti setakat ini . Bertahan sehingga ke tahap ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangka. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong dan abang Tam sebagai mentor yang banyak membantu saya selama bertanding.” Kata Irwan

Dan, masih berbaki 5 peserta, agaknya siapakah yang bakal meneruskan perjuangan mereka untuk menempah tiket ke peringkat akhir dan membawa pulang RM 100k ? 

Jangan lupa terus saksikan konsert Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton. Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing di portal rasmi kami di www.xtra.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Sun, 17 Apr 2022
Featured Tue, 6 Feb 2024

Khairul Aming Atau Vivy Yusof? Isu Siapa Lagi Layak Terima Dana Jadi Perdebatan Netizen Di Platform X

Sebagai rakyat Malaysia, min berbangga dengan kedua-duanya. Masing-masing hebat!❤️

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Sun, 11 Aug 2019

肥妈笑话「攞命」三位亚洲天后让安哥安娣也疯狂!

叶丽仪、陈洁灵及玛俐亚三大亚洲天后聚在一起「豪唱、豪情、豪笑」让台下安娣安哥级的观众嗨翻天,还抛开年龄的包袱忘我地跳舞!

Trending Mon, 13 Jun 2022

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Farra Inalis menganggap komen negatif sebagai free marketing perniagaannya.